Saturday, February 12, 2011

CINTA MAKIN BERSEMI


BUAT SUAMI TERSAYANG...

a, tahun ni,allah dah makbulkan doa kita. Insyaallah, kita bakal menjadi Ummi dan Abi. rupanya dah dekat 6 tahu perkahwinan kita...bagi s, s rasakan sekejap saja. s rasakan s baru sahaja mengenali a, bercinta di uia, dan kahwin masa belajar...hikhikhik... rasa cam tak caya jer...
tapi, Allah uji kita dengan rezeki anak yang perlu tunggu 6 tahun, sebenarnya, ada hikmah disebaliknya. Hanya Allah yang tahu. s bersyukur a banyak memahami s. a lah yg banyak bagi sokongan pada s tatkala s bersedih. s bersyukur dapat suami macam a, s rasa, dalam dunia ni, a adalah suami yang terbaik buat s.
bulan 5 ni, s akan hadiahkan a seorang baby yang comel macam a... s tak sabar nak peluk baby kita... nak dengar hilai tawa nya... a mesti gembira kan.... kita akan didik dia sebagai anak yang soleh. s doakan semoga kita akan hidup bahagia selama2lamanya dan dipanjangkan umur untuk beribadah kpd nya.

12/02/2011


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
harini cukup 6 bulan 12 hari aku pregnant. Alhamdulillah, kandungan ku sihat. baby aku dah mula aktif bergerak... seronok sangat bila merasai gerakannya yg lembut kat dalam perut. betapa nikmatnya mengandung.. aku doakan sahabat semua yang masih belum berjaya untuk pregnant, banyakkan berdoa pada Allah, dan jangan putus asa berusaha. banyakkkan bersedekah pada anak2 kecil dan anak yatim. bila melihat baby, niatkan dalam hati...aku pun ingin kan baby juga..dan percaya bahawa rezeki kita juga akan sampai.
8/2/2011- aku gi scan ngn hubby kat pakar perdana. baby aku sihat, Alhamdulillah. dah besar rupanya baby ummi ni... tak sabar ummi nak jumpa baby. abi pun tak sabar nak jumpa baby. baby duduk elok2 ye , jangan nakai2...